Tetamu perlu menghormati privasi dan keselesaan tuan rumah serta menjaga adab ketika berkunjung. -Gambar hiasan AI
BERTANDANG ke rumah kenalan atau saudara-mara sememangnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat di Malaysia.Namun masih ada segelintir kurang peka tentang adab dan batas ketika berkunjung bagi mengelak tuan rumah berasa tidak selesa. Itu juga dirasai seorang wanita apabila mendakwa 'rakan-rakan' neneknya gemar bertandang ke rumah tanpa mengira waktu.Bagaimanapun, dia berharap tetamu lebih peka dan tidak sesuka hati bertandang ke rumah tanpa mengira jika pemilik rumah mempunyai urusan atau mahu berehat.Melayan tetamu dengan baik adalah satu adab yang terpuji. -Gambar hiasan AI"Takkan la setiap hari datang rumah. Memang la rumah ini ada nenek, mungkin nak buat kawan berbual."Tapi tolong la fikir rumah ini ada dua orang lagi anak dara. Aku ni balik kampung sebab nak tenang-tenang luangkan masa dengan famili."Mereka pula datang rumah tak kira masa," luahnya di Threads.ARTIKEL BERKAITAN: Dah 13 tahun berhijrah, pemuda dedah 4 perangai orang Kelantan wajar diubah - “Kalau ditegur, melenting tunjuk gedebe”ARTIKEL BERKAITAN: "Datang negeri orang, buatlah cara merantau" - Lelaki bidas peniaga cakap Kelantan 'pekat', melenting kalau ditegurApa membuatkan dia tidak selesa, ada tetamu yang biasanya hanya duduk di luar gemar menjenguk ke dalam rumah tanpa dijemput masuk."Orang sedang menjamu selera dekat dapur. Lepas tu nak teruskan buat kerja dekat dapur. Eh dia boleh datang mengintai pula."Takkan la tak jemput masuk kalau mereka sudah menjenguk macam itu? Aku sudah la tak pakai tudung, seluar singkats masa mereka datang.Wanita kurang senang lelaki Kelantan kerap datang bertandang tanpa mengira waktu.Dakwa tetamu suka menjenguk ke dalam rumah tanpa dijemput masuk.Dua anak dara turut tinggal di rumah berkenaan.Wanita pulang ke kampung untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.Netizen nasihat supaya tegur tetamu dan minta mereka hormati privasi tuan rumah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Tak fasal aku pula nak kena angkut nasi pergi sambung makan dekat ruang tamu. Kita ini banyak kerja nak buat, bukan nak berborak 24 jam," luahnya lagi.Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang bersetuju bahawa adab ketika bertandang perlu dititikberatkan tanpa mengira hubungan kekeluargaan atau persahabatan."Cuba beri teguran sekali. Minta mereka hormat privasi orang. Nak tengok respons dia. Kadang-kadang orang tak reti bahasa ini kena bagi 'sebiji' supaya dia diam."Tapi cakap la elok-elok. Kalau dia tak faham lagi, cakap lagi yang keluarga kamu semua tak selesa mereka datang tak kira masa," cadang netizen berkenaan.