PELAKON Korea Selatan, Lee Dong Yeon menerima kecaman hebat netizen selepas surat pemberian peminat yang sebelum ini dikongsikan di media sosial ditemukan di tempat pembuangan sampah.Isu timbul selepas seorang pengguna Threads mendedahkan menemui beberapa pucuk surat ditujukan kepada Lee, 30, ketika mahu membuang sampah di kawasan pengumpulan bahan kitar semula. Lebih mengundang kemarahan netizen apabila beberapa sampul surat berkenaan didakwa masih belum dibuka, selain ditemukan bersama bungkusan makanan ringan yang sudah dibuang.Lee sudah meminta maaf mengenai perkara tersebut. Netizen kemudiannya mengenal pasti surat berkenaan sebagai milik Lee selepas mendapati reka bentuk sampul dan tulisan pada surat tersebut sepadan dengan gambar yang pernah dikongsikan pelakon itu di Instastory berserta ucapan terima kasih kepada peminat.Susulan kontroversi tersebut, Lee tampil memohon maaf menerusi Instagramnya dan menegaskan dia tidak pernah sengaja membuang surat pemberian peminat.ARTIKEL BERKAITAN: Akshay Kumar hanya kerja 8 jam sehari, ramai penerbit takut beri tawaranARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Korea terima penghargaan rasmi, berani selamatkan mangsa kebakaranSebaliknya, kata aktor itu, ia dipercayai tercampur dengan barangan untuk dikitar semula ketika mengemas rumah.“Bagaimanapun, ini merupakan kecuaian dan kesilapan saya sendiri,” katanya.Dalam masa sama, Lee menegaskan dia tidak pernah memandang remeh kasih sayang serta sokongan diberikan peminat, selain berjanji memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.