suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selalu ditanya dah tak berlakon? Jasmin Hamid cuma dapat watak mak-mak... Buat ‘survey‘ penerimaan penonton terhadap pelakon senior

Jasmin mahu mencari tahu tentang penerimaan penonton terhadap pelakon senior.

PELAKON Jasmin Hamid mengambil inisiatif menjalankan tinjauan bagi mendapatkan gambaran mengenai penerimaan penonton terhadap pelakon senior, khususnya sama ada mereka masih berminat menyaksikan lakonan artis lama atau lebih mengutamakan bakat baharu.

Jasmin atau Jasmin Abdul Hamid, 54, berkata, dia sering menerima pertanyaan mengenai perkembangan kerjayanya seolah-olah sudah lama tidak muncul di kaca televisyen, sedangkan dia masih aktif berlakon. 

Ini mungkin disebabkan watak kecil yang diberikan itu menyebabkan penonton tidak berpeluang menyaksikan lakonannya dengan lebih kerap, sekali gus menimbulkan tanggapan bahawa dia sudah lama tidak aktif dalam bidang lakonan.

"Bila saya buat survey, ramai tanya lama dah tak berlakon ke? Bukan saya tak berlakon, dapat watak pun mak-mak saja. 

Jasmin masih lagi aktif sebagai penggiat seni.

Jasmin masih lagi aktif sebagai penggiat seni.

"Kadang-kadang dalam 300 babak, saya berlakon 30 babak saja. Bila buka televisyen babak saya dah habis. Macam mana orang nak nampak? 

"Saya rasa peminat masih mahukan lakonan artis-artis lama tetapi tidak berpeluang melihat lakonan kami. Apa yang dihidangkan itulah mereka lihat," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu. 

Dalam pada itu, Jasmin memberitahu tinjauan itu dilakukan bagi mendapatkan gambaran sebenar penerimaan penonton terhadap pelakon senior selepas ada individu beranggapan filem terbaharu lakonannya, Kerambit sukar mendapat sambutan ramai. 

"Orang tanya apa aktiviti terbaharu, saya beritahulah nak keluar filem tak lama lagi. Bila ditanya siapa pelakonnya, kita boleh nampaklah reaksi wajah mereka. 

ARTIKEL BERKAITAN: Murung sebab mulut jahat orang, Jasmin Hamid dah cuba pelbagai cara untuk kurus

ARTIKEL BERKAITAN: Tubuh makin langsing, Jasmin Hamid gembira berat badan susut hampir 10kg selepas sebulan lakukan bariatrik

"Saya saja tanya agak-agak filem ini boleh jual tak? Mereka kata susah sikitlah sebab pelakon-pelakon otai (lama). Mereka beri contoh filem-filem terkini, cara promosinya. Belum ditayangkan lagi dah kutip RM3 juta. 

"Jadi saya nak buat surveylah betul ke orang perlukan pelakon-pelakon baru saja, bukan nak merentan atau mengeluh di media sosial," ujarnya. 

Mengulas lanjut, Jasmin berpendapat perkara itu turut berpunca daripada kelemahan industri seni tempatan yang kurang mengetengahkan kisah serta watak bersesuaian dengan pelakon berpengalaman.

Katanya, bukan sahaja pelakon muda yang perlu diberi peluang, malah mutu skrip juga perlu diberi perhatian agar karya yang mengetengahkan kehidupan golongan lebih berusia turut mendapat tempat.

Saya rasa peminat masih mahukan lakonan artis-artis lama tetapi tidak berpeluang melihat lakonan kami.

JASMIN HAMID 

PELAKON

"Apa saya boleh lihat, ia sedikit sebanyak adalah daripada kelemahan industri kita. Bukan hanya tentang pelakon muda, tetapi kelemahan pada skrip juga. 

"Bila ada watak dan kisah tentang orang tua, tidak pula mahu diangkat. Mereka mahu angkat cerita-cerita seperti 'Megah Holding', kisah penyondol. Takkan orang tua (pelakon senior) nak menyondol. 

"Baru-baru ini saya berlakon dengan pelakon senior Normah Damanhuri, cerita yang sangat bagus. Sebenarnya ada naskhah untuk pelakon-pelakon lama. Nakshah-naskhah bagus ini selalunya 'disorok' atas alasan bukan selera penonton," katanya. 

Jasmin bakal muncul dalam filem Kerambit yang ditayangkan pada Disember ini.

Jasmin bakal muncul dalam filem Kerambit yang ditayangkan pada Disember ini.

Sebelum ini, Jasmin menerusi hantaran di Threads meluahkan rasa kesal apabila ada individu beranggapan filem terbaharu lakonannya, Kerambit tidak akan mendapat sambutan kerana dibintangi pelakon-pelakon lama.

Individu berkenaan turut mendakwa penonton lebih mahukan pelakon Gen Z dan yakin filem yang menampilkan generasi tersebut akan mendapat sambutan.

Untuk info, filem Kerambit arahan Riza Baharudin bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air pada 31 Disember ini.

Selain Jasmin, filem berkenaan turut menampilkan barisan pelakon termasuk Datuk Eizlan Yusof, Nazeera Saidi, Dazrin Kamarudin, Shah Iskandar dan Kodi Rasheed. 

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain